17 September 2021

BILA JINGGO BANGGA ANAK KEDUA JADI CEO



Menerusi muat naik di laman Instagram, penerbit dan pengarah, Jinggo mengakui berasa amat berbanggga dengan pencapaian anak keduanya, Luth Mikhail yang kini telah pun menggalas tanggungjawab sebagai ketua pegawai eksekutif atau CEO di restoran perusahaannya.

"20 tahun teman dengan sis tetiap ari mengagah dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap hari marahkan dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap hari menjaga dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap ari mengacor dia.

"20 tahun teman dengan sis tetiap ari berguro dengan dia. Doh 20 tahun teman dengan sis nengok dia depan mata tapi 2 hari ni terasa benor 20 tahun itu telah berlalu bila @luthmikhail20 udoh bergelor MR CEO @thedimsumplacekl.

"Papa ngan mama proud of you Mikha," tulis Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya, yang berkata cabaran untuk mendidik anaknya itu bukanlah mudah namun dia bersyukur kerana segalanya telah pun membuahkan hasil. 

 Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, dia bersama isteri yang juga merupakan pelakon dan pengarah, Shiela Rusli telah berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan anaknya itu mencapai potensi sebenarnya.

Entri berkenaan turut mendapat reaksi daripada tuan empunya badan: "Alaa papa, relax la. Sedih sangat buat apa. Ini untuk legasi you juga," balasnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Luth Mikhail akan terus suksespada masa akan datang.



"Syukur Alhamdulillah, terbaik Tok Sidang dan Sis. - "Alhamdulillah, tahniah Mikha. - "Terbaik Mikha, Alhamdulillah. Tahniah. Semoga terus berjaya dunia akhirat.

"Terbaik, didikan bapa membuahkan hasil. Syabas anak muda. - "Mikha anak papa dan mama yang hebat," antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Untuk makluman, Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 1996 dan telah dikurnikan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikail.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: