17 September 2021

TAMPIL SEKSI DI LANGKAWI - NORA DANISH DIKECAM LAGI, TUTUP KOMEN



Sebelum ini, pelakon Nora Danish dikecam dek kerana memuat naik gambarnya dari belakang memaparkan bahagian punggungnya. Dalam foto tersebut, Nora dilihat memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya.

Terkini, Nora nampaknya sekali lagi menerima kecaman apabila dia berkongsi gambar percutiannya bersama suami, Nedim Nazri dan anak bongsunya, Ney Ney di Pulau Langkawi, dengan imej seksi.

Mungkin banyak kritikan diterima susulan penampilannya itu, Nora dilihat telah menutup ruangan komen foto dikongsikannya itu.

Namun, beberapa komen pedas dapat dilihat daripada posting sebelum ini dimana ramai mengecam penampilannya itu yang dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: