05 September 2021

MIRA FILZAH & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY PERTAMA



"M is for Marriage, Mawaddah, Miracles, and More, ..foreverMore. One year on Syurgaku @mfmirafilzah, and yes indeed my love, we found out that we do complete each other, syukur Alhamdulillah. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Temanku Dunia dan Akhirat," tulis suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, 3 September lalu.

Menurut Emir, selepas genap setahun melayari bahtera perkahwinan, kini dia dan Mira semakin percaya bahawa mereka sememangnya sudah ditakdirkan untuk melengkapi jiwa masing-masing. Ucapan penuh makna tersebut dikongsikan sendiri oleh Emir menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Emir yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan kesejahteraan perkahwinannya selama ini.

"Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua atas ucapan dan doa buat kami berdua, moga Allah SWT memberkati kalian semua dengan segala kebaikan yang didoakan buat kami juga. Dan tidak terkata terima kasih Emir dan Mira buat Ibu, Mak dan Abah atas restu mereka.. Kasihanilah mereka Ya Rabb," luahnya lagi.

Klik untuk gambar besar



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar perkahwinan Emir dan Mira akan berkekalan hingga akhir hayat.

"Happy anniversary brotherku dan Mira Filzah. Semoga bahagia till jannah. - "Happy anniversary Emir dan Mira. Semoga hubungan berkekalan hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

"Happy anniversary Mira Filzah and your husband. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke syurga Allah. Ameen. - "Hopefully second anniversary mungkin ada Emir Amirah junior. Ameen," antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.



Sementara itu, bersempena dengan hari istimewa tersebut, Mira turut dilihat telah memuat sebuah video yang memaparkan momen-momen mereka sepanjang bergelar suami isteri.

"Pejam celik pejam celik, Jumaat, 3 September 2021, genap setahun kita bersama," tulis Mira pula.

Untuk makluman, Emir dan Mira telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 September 2020 yang lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: