04 September 2021

BILA BINTANG INDONESIA MENGIDAM BERBUAL DENGAN SONG JOONG KI



"Impian untuk video call bersama idolaku tercapai. Teri kasih Tuhan. Huaaaa hanya boleh menganga dan tidak mampu untuk berkata apa-apa," demikianlah kata bintang Indonesia, Felicya Angelista yang tidak menyangka hasrat untuk berbual bersama pelakon Korea kesayangannya, Song Joong Ki akhirnya tercapai.

Menurut Felicya, dia sendiri tidak menyangka suaminya, Caesar Hito sanggup merealisasikan impiannya walaupun waktu yang diberikan untuk berbual bersama bintang drama 'Vincenzo' itu adalah singkat.

Selain itu, dia juga meluahkan rasa terharu kerana Joong Ki sanggup meluahkan masa untuk memenuhi permintaannya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, impian Felicya untuk bertemu dengan bekas ahli Running Man itu menjadi kenyataan hasil daripada bantuan rakan suaminya iaitu Raymond.

Sebelum ini, Felicya yang kini hamil enam bulan meluahkan keinginan kepada suami bahawa dia mengidam untuk berbual dengan salah seorang aktor kegemarannya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: