04 September 2021

"TIADA SIAPA SEMPURNA" - ALIFF AZIZ AKUI TAK MAMPU PUASKAN HATI SEMUA ORANG



"Tidak dinafikan memang rasa agak teruk kerana membabitkan ahli keluarga, tapi saya anggap itu satu proses pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang akan sentiasa diperhati rapat netizen namun bukan semua netizen begitu. Secara perlahan-lahan saya mula terfikir yang kita tak mampu puaskan semua orang.

"Walaupun kita jadi terbaik, pasti akan ada orang yang tak suka dan pandang buruk. Kita kena tahu yang tiada siapa yang sempurna, malah kalau kita rasa ingin berada di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil," ujar penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang menganggap kehidupan pasang surut yang dilalui selama ini sebagai satu proses pembelajaran buat dirinya.

Biarpun tertekan apabila ahli keluarganya turut diheret selepas terpalit pelbagai kontroversi, Alif, 30, mengambil langkah positif dalam meneruskan kehidupan. Sekitar Ogos lalu, Aliff menzahirkan rasa syukur apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah selepas dia mendekati jemaah tabligh.

Pernah mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya kes curang, mabuk, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta mencuri, Aliff berkata, dia masih tiada jawapan mengenai pembabitannya dalam jemaah tabligh sehingga membuka pintu hatinya mendekati ajaran Allah.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya saya yakin semua perkara berlaku dengan kehendak Allah. Saya tiada kelebihan, saya hanya insan yang lemah dan nak guna kehidupan yang Allah bagi. Alhamdulillah, Dia maha mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat dan Allah bagi jalan. Walhal selama 30 tahun hidup, macam-macam yang kita buat.

"Saya yakin semuanya dalam pengetahuan Allah. Saya tengok video Faizal Ismail dan rasa mahu kenal jemaah tabligh. Ada jemaah hubungi saya dan terangkan pada saya serta bawa keluar untuk tiga hari. Saya dapat rasa pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. Suasana dan orang di sana yang tiada perbezaan, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat," katanya.

Untuk makluman, Aliff berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: