04 September 2021

AWIE TAMPIL RAMBUT PENDEK : "POTONG UNTUK MEMBUANG SAKIT-SAKIT..."



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie telah berkongsi beberapa foto dirinya tampil dengan potongan rambut pendek.

Penyanyi kumpulan Wings ini ketika ditanya berhubung penampilan terbarunya itu, berkata, dia memotong rambutnya itu selepas baru sembuh dari penyakit, baru-baru ini.

"Saya potong rambut pasal saya kecewa dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda pandemik Covid-19. Saya tak berapa sihat hari itu. Saya ada buat pembedahan dan terlantar lama di hospital dan juga di rumah.

"Saya dah rasa macam tak bermakna semua ini. Kerja tak ada, lepas itu sakit pula. Rambut saya hari-hari banyak yang gugur. Kalau dulu rambut saya itu mahkota untuk saya bekerja dan saya rasa bangga berambut panjang, tetapi dalam situasi sekarang termasuk saya kerap sakit dan tak bekerja pula, saya rasa seperti kecewa dengan keadaan diri dan dunia yang dilanda sakit," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, setiap hari dia terbaring dan melihat rambutnya gugur tidak bermaya: "Tiga minggu saya tak boleh buat apa-apa, cuma baring dan jalan dalam rumah saja. Saya jadi rimas dan marah.

"Jadi saya berniat memotong rambut saya untuk membuang sakit-sakit yang ada dalam diri saya pergi bersama rambut-rambut itu dan berdoa serta berharap tumbuhlah rambut yang sihat dan baik-baik bersama rezeki dan kesihatan yang elok-elok.

"Insya-Allah, itu sahaja sebenarnya yang membuatkan saya potong rambut. Saya juga sedang mencari jalan penyudahnya. Doa- doakanlah saya," jelasnya lagi.

Terdahulu, Awie pernah beberapa kali terkena sakit misteri dan berubat dengan beberapa pengamal perubatan Islam. Dalam program sumbangan Misi Kemanusiaan Sayap-Sayap Wings serta Majlis Aqiqah & Berendoi anak keenamnya pada 17 April lalu, Awie memaklumkan dia baru keluar dari hospital. Bagaimanapun, Awie enggan berkongsi mengenai penyakitnya itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: