21 September 2021

POLIS NAFI, SIASAT KENYATAAN VIE SHANTIE TAK PERLU SURAT RENTAS NEGERI



"Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

"Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat," kata Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar yang menjelaskan, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang yang memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan.

Polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh usahawan dan selebriti media sosial, Vie Shantie Khan yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Pahang.

Menurut Zaiham pihaknya akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi terlibat sebelum tindakan susulan dibuat.

Klik untuk gambar besar



Katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan segala peraturan dan undang-undang ditetapkan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

Semalam selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.

Vie Shantie berkata, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: