21 September 2021

SELAMAT BERSALIN - IZREEN AZMINDA TIMANG ANAK LELAKI LAGI



"Syukur Alhamdulillah.. lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.. terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby... 21/9/21.. 9.06AM," tulis pelakon Izreen Azminda menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Izreen meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan dengan lancar apabila dia selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata lelaki pada jam 9.05 pagi tadi.

Perkongsian Izreen mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.

Klik untuk gambar besar



Ini adalah anak kedua Izreen bersama suaminya yang juga pemuzik bebas, Ude Wahid selepas dikurniakan cahaya mata pertama Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen mempunyai seorang cahaya mata Muhammad Adrian Umar kini berusia tujuh tahun. Ude juga memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Saleh.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: