21 September 2021

3 BULAN TANGGUNG DERITA - IBU SYAFIQ FARHAIN SELAMAT BEDAH BUANG CYST DALAM PERUT



"Tiga bulan lepas ibu mula rasa sakit perut, lenguh-lenguh badan... ketika itu sudah buat pemeriksaan di klinik swasta, tapi doktor beritahu tidak ada apa yang serius. Bagaimanapun, ibu masih rasa sakit dan kami buat keputusan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

"Ketika itu baru kami dapat tahu, dalam perut ibu ada ketumbuhan cyst sebesar enam sentimeter dan semalam sebelum dibedah cyst dah membesar ke 11 sentimeter," kongsi penyanyi Syafiq Farhain berhubung ibuny iaitu Napisah Muhammad yang disahkan mempunyai ketumbuhan cyst dalam perut, selepas tiga bulan mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, Syafiq, 27, bersyukur ibunya yang berusia 56 tahun itu selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Hospital, Kuala Terengganu pada pagi Selasa.

Klik untuk gambar besar



Anak kepada penyanyi Allahyarham Saleem Iklim ini berkata, ibunya bimbang dan terlalu banyak berfikir sebelum menjalani pembedahan. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Sayang Maafkan Aku' ini berkata, dia juga bersyukur apabila dapat bertemu ibunya baru-baru ini.

"Saya harap ibu kuat... sebab dia seorang yang suka berfikir. Kadang-kadang dia suka termenung mungkin sebab ibu tidak pernah ada sakit lain. Jadi apabila dapat tahu ada ketumbuhan ini dia agak bimbang sedikit.

"Alhamdulillah, saya dapat jumpa ibu sebelum dia masuk wad dan hari ini saya berdoa dari jauh. Pagi tadi juga kami sekeluarga sempat adakan bacaan Yaasin untuk ibu. Saya harap peminat juga dapat doakan semoga urusan ibu saya dipermudahkan," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: