"Saya tak suka benda negatif macam ini, tapi saya terpaksa kongsi sebab ada orang yang masih nak buli orang lain di sosial media. Perkara ini sangat tidak bagus. Memang ada orang seperti itu dan sesiapa yang gunakan sosial media untuk kebaikan, kita kena sentiasa kuat serta sebolehnya jangan layan orang macam itu.
"Ikutkan saya tak layan dan sekat pun orang itu tapi sekadar sebagai kesedaran kepada semua orang yang benda ini tidak baik. Kenapa nak buli manusia lain? Tak perlu pun sebenarnya... kalau rasa tak gembira tengok atau tak suka orang itu, kita manusia ada hak tak suka tapi jangan membenci," itulah ujar penyanyi Nourul Wahab.
Nourul berkata demikian selepas dirinya dilemparkan dengan kata-kata kesat dan menyakitkan hati daripada netizen yang seolah-olah tidak senang dengan penghijrahannya bersama keluarga ke Bali, Indonesia.
Mengakui sedikit tergores dengan komen negatif tersebut, Nourul berkata, biarpun enggan melayan perkara negatif seperti itu namun dia perlu menegur tindakan itu bagi memberi kesedaran mengenai keburukan 'cyberbully'.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Nourul menerusi Instagram miliknya memuat naik paparan skrin mesej daripada individu yang berharap penyanyi itu tidak akan pulang ke Malaysia lagi.
"Alhamdulillah, pergi pun... makbul doa rakyat nak sis pergi sana. Mohon tak payah datang Malaysia lagi sis. Kalau tak asyik berita sis saja dari tahun lalu tak sudah," tulis netizen.
Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab sudah berada di Jakarta, Indonesia untuk menjalani kuarantin selama lapan hari bermula pada Isnin sebelum ke Bali.
Sebelum ini, Nourul memberitahu dia sepatutnya berangkat ke Bali pada Julai lalu namun perancangan terpaksa ditangguh berikutan pandemik Covid-19. Sementara itu, Nourul menganggap mesej negatif tersebut juga menggores hati peminat dan pengikutnya di laman sosial.
"Perlukah cyberbully begini wujud? Macam mana nanti kesan pada anak-anak kita apbila mereka ada laman sosial nanti jika masih ramai bersikap begini.
"Dia sakitkan hati kami, dia sakitkan juga hati pengikut kami. Dia berdosa bukan dengan kami saja. Tetapi dengan semua pengikut dan semua yang sayang kami.
"Susunlah langkah nanti nak minta ampun daripada kami semua. Hati-hati kalau sakitkan hati manusia. Pada siapa kita nak report untuk cyberbully? Mohon tag pihak tertentu agar mereka ini berubah sikap atau langsung tak boleh gunakan laman sosial," tulisnya.
________________________
No comments:
Post a Comment