06 September 2021

PULANG MALAYSIA HARI INI - MV BARU CAPRICE DIKECAM: "INGATKAN NAK PERGI BERJIHAD"



"Salam Malaysia! Alhamdulillah selepas dua bulan lebih, ini mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia. Saya minta maaf kerana lewat, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya," demikian tulis penyanyi rap, Caprice yang memaklumkan dia akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini, selepas lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan.

Meskipun tidak berjaya masuk ke Gaza seperti yang diimpikan, Caprice yang mengakui rindukan keluarga dan perniagaannya itu berkata dia bertemu rakan baru di Jordan yang banyak membantunya menjayakan misi di sana.

Perkara itu dimaklumkan tengah malam tadi menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya. Caprice turut memohon maaf kerana mengambil masa lama untuk balik ke Malaysia. Menerusi entri tersebut, Caprice turut memuat naik beberpa posting mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan baharunya di Mesir.

Ujarnya, dia perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebaik sahaja tiba di Malaysia sebelum menguruskan perniagannya yang lama tertangguh. Sementara itu, Caprice berkata dia merancang untuk kembali ke Mesir pada Disember depan.

Klik untuk gambar besar



"InsyaAllah selepas Caprice sampai Malaysia perlu kuarantin selama 10 hari dan cari staff baru untuk uruskan hoodies. Saya akan hantar hoodies, tasbih dan hadiah dari Palestin kepada pembeli dan ejen InsyaAllah pada 18 September ini," ujarnya.

Difahamkan, penyanyi lagu 'Xde Hal Bro' ini juga bakal melancarkan lagu berjudul 'Tiger AlQuds' bersama artis-artis Mesir pada 10 Oktober ini. Perkongsian terbaru Caprice di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video pendek video klip lagu terbaru yang dirinya menaiki kenderaan Range Rover yang dengan beberapa orang Arab yang menemaninya dalam beberapa babak sambil megang senjata.

Netizen meluahkan rasa kurang senang dengan Caprice dimana rata-ratanya menyifatkan pemergian pemilik nama sebenarnya Ariz Ramli, ke Jordan bukan untuk melakukan jihad, sebaliknya membuat muzik video tersebut.



Netizen mempersoalkan adakah itu jihad penyanyi rap itu dengan menghasilkan lagu bersama artis di negara tersebut? Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan kembali apa tujuan Caprice ke negara tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mencadangkan kepada penyanyi rap itu untuk membuat penggambaran di Pantai Klebang Melaka yang turut mempunyai tempat seperti padang pasir.

Terdahulu, Caprice berangkat ke Mesir pada 24 Julai lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza. Penyanyi itu mencetuskan kontroversi pada 16 Julai lalu apabila mendedahkan cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ustaz Ebit Lew ketika di Palestin.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: