06 September 2021

AZIZUL KUNJUNGI RUMAH SITI NURHALIZA - TERKESIMA LIHAT KOLEKSI BASIKAL



"Alhamdulillah syukur, berkesempatan melawat Dato' Sri Khalid dan Dato' Sri Siti Nurhaliza @ctdk di kediaman mereka kebetulan saya berada di sekitar kawasan tersebut. Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali terakhir berjumpa di Melbourne dulu.

"Memang tidak dinafikan, satu Malaysia memang sayangkan Dato CT termasuklah saya serta seluruh keluarga. Anak-anak saya Amna Maryam @amnamaryam dan Amna Khadeeja @amnakhadeeja_ suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid, jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara virtual.

"Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaek, saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH. Mungkin ada yang tak tahu, Dato K dan Dato CT memang 'die-hard fan' sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu.

Klik untuk gambar besar



"Tapi saya sangat terkasima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum.

"Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah. Didoakan agar dimurahkan rezki dan dirahmati oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya.

"Insyaallah kekgi kite gateh skali deh, kite pakak kabak Genting Perez," kongsi pelumba basikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang yang mengakui dirinya berasa amat berbesar hati selepas dipelawa untuk berkunjung ke rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.



Menurut Azizul, dia sekeluarga sememangnya amat mengagumi figura pujaan ramai itu malah, anak-anaknya juga turut meminati telatah si kecil, Siti Aafiyah. Kisah tersebut dikongsikan oleh pemenang pingat perak di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, atlet asal Terengganu ini turut menzahirkan rasa kagum dengan minat dan kecintaan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Siti bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dalam sukan berbasikal. Melihat sahaja pada koleksi-koleksi basikal yang dimiliki oleh Datuk Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K, ia sudah cukup untuk membangkit rasa teruja di hati Azizul.

Dikesempatan itu juga, Azizul turut menitipkan ucapan penghargaannya buat Datuk Seri Siti dan Datuk K diatas sokongan yang telah diberikan sepanjang kariernya sebagai atlet berbasikal. Terdahulu, Azizul difahamkan akan pulang ke pangkuan keluarganya di Australia selepas selesai beberapa tugasannya di Malaysia tidak lama lagi.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: