06 September 2021

"DIA IBU KANDUNG JEBAT..." - SHARNAAZ AKUI TERKEJUT NABILA NAK TAPIS BAKAL IBU TIRI



"Saya pun tak tahu terkejut juga dia cakap macam tu. Tapi betul la juga apa dia cakap.. dia ibu kandung Jebat jadi kena tengok la mak tiri," ujar pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjawab berhubung komen ditinggalkan bekas isterinya, Noor Nabila dimana dia sempat bergurau kepada siapa yang mahu menjadi ibu baru Jebat boleh tinggalkan 'resume' untuk ditapis dahulu.

Baru-baru ini, Sharnaaz Ahmad ada memuat naik ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Jebat Jayden Ahmad yang ke-3. Mengulas mengenai gurauan bekas isterinya itu, Sharnaaz berkata dia sendiri terkejut namun bersetuju kerana sebagai seorang ibu pasti Nabila mahukan yang terbaik untuk Jebat.

Kata Sharnazz lagi, Nabila juga berhak untuk melihat siapa yang bakal menjadi ibu tiri Jebat sama ada boleh menjaga anak tunggal mereka. Sementara itu, menjawab mengenai status hubungannya dengan anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz, Sharnaaz berkata Azira mempunyai ciri-ciri wanita yang diimpikan.

"Apa pun, Jebat kena approve dulu.. dia boleh panggil mummy, okey jalan. Kalau tak bye bye. Azira seorang yang sangat-sangat baik. Memang Azira ada ciri-ciri wanita idaman saya," katanya.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: