07 September 2021

KONGSI FOTO TERKINI - RAMAI TERPESONA DENGAN DUA ANAK GADIS FIZA HALIM



"Anak dara ai dah besar... #spreadlove #. Hari ni kita spam gambar bnyk2... after so long... duck face pic wajib kitaorg #spreadlove #," itulah tulis penyanyi dan pelakon Fiza Abdul Halim yang berkongsi foto-foto terkini dua anak gadisnya itu.

Memiliki rupa paras yang cantik persis ibu, dua anak gadis bekas anggota kumpulan Elite itu mencuri tumpuan orang ramai. Meskipun baru meningkat remaja, keayuan wajah Feera Aryanna dan Feeya Adyrra berjaya memikat hati sesiapa sahaja yang memandang.

Buktinya, hantaran terbaru Fiza Halim yang memaparkan dua anak daranya itu telah dihujani kata pujian daripada rakan artis dan pengikut. Rata-rata daripada pengikut yang mengikuti perkembangan Fiza seolah-olah tidak percaya anak-anaknya sudah semakin dewasa.

Meninjau ke ruangan komen, penyanyi kumpulan Sweet Child, Acong berkata Fiza dan anak-anak kelihatan seperti kembar tiga. Mana tidaknya, kesemua mereka kelihatan sangat serupa dan mempunyai senyuman yang manis.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada juga di antara netizen yang berseloroh memanggil penyanyi dan pelakon wanita itu 'mama' iaitu panggilan bagi ibu mertua. Bagaimanapun, gurauan itu ditepis seorang lagi warganet yang lain dengan berkata "jangan haraplah".

Malah, Fiza yang sudah menginjak usia 40 tahun Ogos baru-baru ini dipuji awet muda. Selain pujian, pengikut meninggalkan doa memohon semoga anak-anak gadis pelakon ini membesar menjadi anak yang solehah dan terhindar daripada perkara buruk.

Apa-apa pun, Fiza dan dua anak gadisnya itu sememangnya nampak seperti adik beradik apabila mengambil swafoto bersama. Heh!





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: