25 September 2021

SAHKAN HAMIL 4 BULAN - ERNIE ZAKRI AKUI TIADA NIAT SOROK



"Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan. Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung.

"Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini. Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan.

"Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami," itulah kata penyanyi Ernie Zakri yang berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dia kini hamil empat bulan sekaligus menjawab segala desas desus mengenai soal kehamilan sebelum ini.

Ernie berkata, sepanjang tempoh awal kehamilan dia tidak berdepan sebarang alahan teruk, namun memasuki trimester kedua dia sudah mula berasa sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ernie, dia tidak pernah berniat untuk menyorok kehamilan sulungnya itu, sebaliknya berharap orang ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang juga penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.

Ditanya adakah arwah ibu Syamel, Allahyarham Wan Faaizah Karim sempat mengetahui berita kehamilannya, Ernie berkata, arwah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.

"Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja. Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya," ujarnya.


Menurut Syamel, usia kandungan Ernie kini sudah memasuki empat bulan. Syamel berkata Ernie turut berdapan alahan namun kandungan dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan. Ernie punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain. Masuk trimester kedua baru dia berdepan alahan, macam rasa loya itu semua tap Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat. Doakan semoga bayi membesar dan selamat sehingga hari kelahiran ya," jelasnya.

Sementara itu, Syamel dan Ernie turut berkongsikan bertia gembira di media sosial masing-masing dengan meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan. Dalam pada itu, Syamel berkata mereka akan berkongsikan jatina bayi sulung emreka tidak lama lagi.

Ibu Syamel meninggal dunia pada 23 Ogos lalu selepas dua bulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen. Untuk makluman, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: