24 September 2021

SEBAR MESEJ LUCAH & VIDEO, POLIS SIASAT PENDAKWAH



Gara-gara mengedar mesej lucah dan video di laman Telegram hingga tular dan menimbulkan kegusaran serta perpecahan masyarakat, pihak polis mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu tersebut yang mendakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, siasatan mengenai kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamaman.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian)," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Sinar.

Klik untuk gambar besar



Untuk info, Seksyen 504 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Abd Jalil memaklumkan jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta untuk menyalurkan informasi tersebut ke Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Mohd Khabir Afandi.

Selain itu, pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak salah menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menjejaskan siasatan pihak polis.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: