24 September 2021

DAH NAK KAHWIN - HAQIEM RUSLI TINGGAL KE PEJABAT AGAMA SAHAJA



"Ya saya hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama saja.

"Saya memang merancang untuk membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan. Namun, tidak tahu lagi sama ada dibenarkan atau tidak. Harap-harap kes C-19 turun," kata Haqiem Rusli yang sudah bersedia bernikah jika keadaan mengizinkan.

"Saya telahpun bersedia untuk bergelar suami kepada wanita pilihan hati.

"Saya juga ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih. Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kesalahan (hitam) dan sudah 'diputihkan' oleh bakal isteri," tambahnya.

Meskipun ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berjaya memenangi hatinya, namun dia menegaskan hanya akan memperkenalkan gadis itu menjelang hari pernikahannya itu.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: