24 September 2021

MAKIN BERISI, PEGANG PERUT - KUATKAN LAGI SPEKULASI NEELOFA BERBADAN DUA



Nampaknya lagi sekali gelagat pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mencuri tumpuan ramai dan kali ini, bersama suami ke Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini.

Gelagat tersebut menguatkan lagi spekulasi Neelofa sedang berbadan dua apabila kerap memegang bahagian perutnya ketika berjalan bersama suami sehingga menimbulkan persoalan kalangan mereka yang memerhatikan gelagatnya itu seolah-olah ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Aksi Neelofa itu bukan sahaja mencuri tumpuan orang luar malah petugas dan kakitangan mahkamah serta orang ramai yang berurusan.

Meskipun dikatakan sedang berbadan dua, namun pasangan itu sehingga kini belum membuka mulut mengenai perkara berkenaan. Situasi itu menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga ada kalangan mereka yang mengucapkan tahniah jika perkara baik itu berlaku.

Klik untuk gambar besar

Neelofa yang berjalan dipimpin Muhammad Haris Mohd Ismail hadir di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dihadapi mereka sebelum ini.

Terdahulu, Noor Neelofa yang berjubah kelabu tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Kes berkenaan akan disebut semula di mahkamah sama pada 21 Oktober depan.



Peguam utama pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Majistret Mahyun Yusof menetapkan tarikh tersebut selepas pengurusan kes pada Jumaat.

"Saya menerima dokumen untuk kedua-dua kes seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah pagi ini.

"Kami akan mengkaji kandungan dokumen-dokumen ini untuk persiapan pembelaan atau membuat representasi berdasarkan dokumen yang kita ada," katanya.

Shafee menyatakan keyakinan anak guamnya mempunyai kes yang baik: "Kita yakin kes ini bagus. Tapi kadang-kadang kita nak buat representasi supaya tidak buang masa. Benda ni kecil, tapi daripada semut dah jadi gajah," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: