10 September 2021

SEDIA BOTAK SELEPAS KIMOTERAPI - ARI LASSO DAH MINTA ISTERI CARI RAMBUT PALSU



Penyanyi dan pemuzik terkenal dari Indonesia, Ari Lasso bakal menjalani rawatan kimoterapi di Singapura dalam waktu terdekat ini selepas disahkan menghidap kanser limfoma. Berita mengenai penyakit kanser limfoma yang dihidapi oleh Ari telah mengejut ramai peminat.

Ari berkata, rawatan terbabit dibuat bagi mengawal sel-sel barah daripada terus merebak. Katanya, dia juga akan kehilangan rambut atau botak selepas menjalani rawatan berkenaan.

Menurut laporan Grid.Id, Ari berkata dia bakal menjalani rawatan kimoterapi di Singapura dalam masa terdekat bagi mengawal sel-sel barah daripada terus merebak.

Menerusi temubual bersama Deddy Corbuzier, Ari sempat berseloroh memberitahu dia akan kehilangan rambut atau botak selepas menjalani rawatan berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Bererti kamu akan menjalani kimoterapi? Kamu akan botak macam saya nanti?". "Ya Ded (Deddy), ayat pertama saya bertanya ketika doktor kata kimoterapi... doktor adakah saya akan botak? Doktor hanya ketawa.

"Isteri saya juga ketawa sedangkan orang lain panik. Akhirnya saya suruh isteri cari pembuat wig (rambut palsu) terbaik," jawab Ari.

Bersedia jika kehilangan rambut selepas kimoterapi, Ari berkata dia akan memakai rambut palsu ketika berada di luar rumah: "Kamu (Deddy) tak akan melihat saya botak kecuali datang ke rumah saya," selorohnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: