10 September 2021

RUHAINIES MOHON MAAF: "SELUAR MERAH JAMBU... BUKANNYA WARNA KULIT"



Pelakon Ruhainies sebelum ini menerima kecaman netizen selepas dia didakwa memakai seluar ketat seakan-akan 'warna kulit' sambil berjoget sakan dengan pekerja penghantar barang di aplikasi TikTok. Netizen menganggapnya terlalu seksi seperti tidak memakai seluar.

Namun Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menjelaskan hasil suntingan video menyebabkan ia kelihatan seksi: "Sebenarnya warna seluar saya tu merah jambu... bukanlah warna kulit. Selama ini pun, penampilan saya tidak la terlalu seksi.

"Saya sendiri meletakkan had dalam setiap penampilan. Mungkin disebabkan suntingan video itu terang sehingga menampakkan warna seluar berbeza. Saya pun bukanlah seorang yang gemar berpakaian seksi. Bagi saya, kalau orang itu melihat secara negatif... jadi la negatif," ujarnya.

Sebelum ini, video yang dimuat naik seorang fotografer menggunakan akaun @cameo_x memperlihatkan video Ruhainies menari bersama penghantar barang menerima kecaman netizen apabila dianggap memalukan kerana terlalu seksi.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video itu, Ruhainies yang berada di rumah memakai seluar seakan-akan 'warna kulit' menari sakan di halaman rumah dipercayai sedang menjayakan sebuah video iklan produk dengan kapsyen 'pandai tak abang J&T tu menari dengan Runainies? Tengok sampai habis'.

Bagaimanapun, video di TikTok tersebut sudah dipadam oleh pihak berkenaan selepas menerima kecaman netizen. Dalam pada itu, Ruhainies memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang selesa melihat video tersebut serta akan lebih peka dalam soal pemakaian di masa akan datang.

Ruhainies memberitahu dia juga akan sentiasa menerima secara terbuka kritikan dan teguran yang baik untuk dirinya: "Saya minta maaf sekiranya perkongsian video itu membuatkan segelintir pihak berasa kurang selesa. Insya-Allah selepas ini saya akan lebih peka dalam pemakaian.

"Sejujurnya, saya tidak marah malah saya menerima semua teguran dan nasihat yang baik-baik untuk saya. Apa yang baik, saya terima. Cuma, janganlah guna bahasa kesat atau kasar apabila ingin menegur. Kita sesama manusia, gunalah bahasa yang lebih elok dalam teguran atau nasihat," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: