30 September 2021

SELEPAS DIKURNIAKAN PUTERI - ELLY MAZLEIN BAKAL TIMANG PUTERA PULA



"Dengan ini, Kak Pom dah cuti rehat tunggu 'baby boy' mama lahir di dunia. Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama. Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih," tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Elly atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata, dia juga sudah mula bercuti untuk menanti kehadiran cahaya maya keduanya tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, Elly berkongsi beberapa foto selepas dia selesai mengacarakan sebuah rancangan hiburan buat kali terakhir sebelum cuti bersalin. Menurut Elly, dia juga memohon doa agar proses kelahirannya itu berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia, 5.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: