30 September 2021

TAKZIAH - BAYI AZMI SAAT MENINGGAL DUNIA, BARU BERUSIA 3 HARI



“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi Saat di Instagamnya.

Ini kerana, belum pun seminggu menyambut kelahiran anak sulung selepas penantian selama 10 tahun, anak mereka Khairul Afnan yang sebelumnya dilaporkan mengalami masalah fungsi otak, akhirnya meninggal dunia.

Terdahulu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segala-galanya.

Takziah diucapkan buat Azmi dan isteri..!

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: