30 September 2021

ASHRAF MUSLIM KONGSI VIDEO URUSKAN JENAZAH BAPA DENGAN PPE



"Semalam (28 September) telah pergi seorang ayah yang membesarkan aku.. sedih tak terkira hati ini. 16 tahun dulu aku telah kehilangan seorang mak yang ku sayang kali ini Allah ambil ayah pulak. Ada sebab kenapa Allah ambil mereka dulu. Ini adalah dugaan untuk semua. Banyak dipelajari dalam hidup ini.. bertabahlah.

"Wahai hati.. terimalah dengan redha dgn takdir Allah swt. Ini adalah terbaik utk ayah walaupun pahit utk aku dan adik beradik tapi bg Allah ini adalah jalan terbaik untuk ayah. Alhamdulillah, dari kelantan all the way sempat sampai ppum dan dapat solatkan utk ayah, bersama seketika dengan ayah sehingga ke liang lahad, syukur buatku.

"Pengalaman ini takkan ku lupa sampai mati. Along rindu ayah, banyak perkara Along nak buat ngn ayah tapi tak kesampaian. Ralat dihati ini. Tapi Aku faham, Allah yang tetapkan segala-galanya. Nak kata rindu mmg rindu gila lah.. mana taknya orang yg kita sayang dalam masa yg singkat tiba-tiba hilang dari pandangan kita kan. Allahuakbar.

"Ayah.. miss you so much. Along akan jaga adik2 dengan baik. InsyaAllah.. Allah akan tempatkan ayah bersama mereka yang beriman," demikian tulis pelakon Ashraf Muslim yang berkongsi video dia menguruskan jenazah bapanya, Allahyarham Muslim Bulat yang meninggal dunia pagi kelmarin (28 September) akibat jangkitan Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantarannya di laman Instagram, dia berkongsi perasaan redanya di atas pemergian bapanya itu. Menerusi hantaran sama, Ashraf juga berkongsi rasa bahagianya kerana berpeluang menguruskan sendiri jenazah bapanya.

Video berdurasi 11 minit 17 saat di Instagram itu memaparkan proses di mana Ashraf dipakaikan sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan turut serta bersama beberapa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan jenazah bapanya.

Turut dikongsikan juga detik ketika dia berada di dalam kenderaan jenazah menuju ke tanah perkuburan dan beberapa detik ketika proses pengebumian berlangsung.

Jenazah Muslim selesai disemadikan tepat jam 3.13 petang semalam, di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: