16 September 2021

SUDAH KELUAR HOSPITAL - FIZZ TAK MAKAN DUA MINGGU, RISAU MAKIN GEMUK



"Terima kasih semua doakan suami kami.. @fizzfairuzofficial," tulis pelakon Datin Almy Nadia mengenai suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz yang kini sudah dibenarkan pulang pada hari sama selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan untuk pemeriksaan pada petang Selasa.

Fizz dimasukkan ke sebuah pusat perubatan itu akibat mahu menurunkan berat badan sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran, Fizz Fairuz mengalami masalah gastrik.

"Hari ini (kelmarin) sekali lagi dia di paksa oleh isteri dia datang ke hopsital, untuk buat acara serah diri, disebabkan angin gastric.. doktor cakap gastric dia banyak sebab dah dekat 2 minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak..

Klik untuk gambar besar



"Now acara drip, masuk ubat bagi dia ok, lepas ni makan kena makan betul-betul.. doakan semua my boy cepat sembuh.. I sentiasa ada dengan you ok sayang.. apa jadi pun I ada dengan you ok love," tulis Almy sebelum ini.

Sementara itu, Almy turut menambah pelakon filem 'Munafik' itu mengalami masalah berkenaan sejak dua minggu lalu. Perkara itu juga membuatkan berat badan suaminya itu susut enam kilogram.

"Dia cakap dia gemuk, berat 84 kilogram... dia nak kurus sebelum start penggambaran, sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus, berat badan sekarang 78 kilogram, tapi kurus sebab sakit. Doakan semoga my boy cepat sembuh," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: