12 September 2021

"SUKA ORANG TUA, MESTI ADA SEBAB..." - CIK B TAK RESTUI, SELALU GADUH DENGAN IQBAL



"Saya deep down saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua. Mesti ada sebab. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

"Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga. Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa.

"Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri. Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Klik untuk gambar besar



"Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal," demikianlah kata penyanyi dan pelakon Cik B yang mengakui dia tidak merestui hubungan ibunya, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal.

Menerusi temubual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Cik B berkata dia tidak setuju dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi. Dalam pada itu, Cik B mendedahkan dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik dan sering kali bergaduh. Malah, hubungan mereka sangat renggang.



Kata Cik B lagi, pada awalnya dia menyangkakan kontroversi perkahwinan ibunya itu hanya marketing semata-mata tetapi tidak sangka ianya serius. Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh mereka, dia berharap ibunya gembira.

Diakhir temubual itu, Cik B sempat menitipkan pesanan buat ibunya supaya supaya menilai dahulu niat mana-mana lelaki yang mendekati dirinya sama ada kerana cinta atau sebaliknya.

Bakal menamatkan zaman janda dengan Iqbal, Vida memaklumkan dia serius untuk berkahwin dan mungkin jodohnya sudah sampai. Bagaimanapun, Vida berkata dia belum berani untuk memberitahu Cik B mengenai perkata itu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: