12 September 2021

"TAK PERLU LA PAKAI MASK..." - MICHAEL ANG LABEL WAJAH HERO REMAJA 2021 'BERKERAK'



"Saya agak keliru dengan tajuk dan content. Kata nak cari hero remaja yang mana kita semua tahu akhirnya mereka semua nak jadi artis atau pun dengan kata lain jalan pintas untuk capai kemasyuran. Tapi kenapa dalam show macam nak cari Ironnan (acara sukan triathlon). Tunjukkan la yang mereka semua boleh berlakon, buat modelling dan cungkil bakat mereka.

"Ni apa kena mengena dengan berkhemah... pasang khemah, PLKN ke? Tapi mungkin baru episod satu, jadi banyak benda nak kena cungkil lagi," kata pengarah terkenal, Michael Ang yang tampil mengkritik peserta Hero Remaja 2021 menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Belum sempat memasuki pasaran industri hiburan sebenar, peserta Hero Remaja 2021 sudah berdepan 'sepak terajang' dunia selebriti yang tidak pernah lekang dengan kritikan.

Menurut Michael, dia kecewa apabila episod pengenalan rancangan pencarian pelapis bakat remaja di negara ini yang disiarkan pada Sabtu malam gagal menepati standard yang diharapkan penggiat seni.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu Michael turut berkongsi foto beberapa peserta rancangan berkenaan dengan kritikan pedas daripada perspektifnya sebagai seorang pengarah dan penerbit.

Mengulas lanjut tentang rancangan yang menampilkan 12 finalis berumur antara 19 hingga 24 tahun itu, Michael turut mempertikaikan tentang tapisan dalam kalangan peserta. Katanya, dia mengharapkan para peserta yang dipilih mempunyai wajah dan perwatakan menarik untuk diketengahkan sebagai pelapis dunia hiburan.

"Saya bukan nak hina wajah mereka berkerak... samakan dengan budak Central Market atau yang bersepah (melepak) di Dataran Merdeka. Tapi mereka sebagai peserta tak ada beza dengan orang biasa. Cuba la dandankan rambut, pakai skin care. Rasanya bukan saya saja yang fikir macam tu, saya yakin orang di luar pun cakap... muka macam ni boleh masuk Hero Remaja?" ujarnya.



Bercerita tentang masa depan para peserta tahun ini, Michael berkata selepas menonton episod pertama dia belum yakin tentang perkara itu. Malah jelasnya, arahan penganjur agar para peserta memakai penutup muka ketika penggambaran dibuat juga seolah-olah menghilangkan rasa teruja untuk terus menonton.

"Kita faham la dalam keadaan pandemik, tapi kerajaan dah benarkan penggambaran di negeri fasa 2. Apabila dah dibenarkan jadi tak perlu la pakai mask. Ini tidak... semua peserta pakai face mask tapi hos pakai face shield. Orang nak tengok muka peserta.

"Setakat ini saya tak nampak lagi aura mereka yang boleh diambil berlakon. Tak semestinya yang menang tu adalah yang terbaik untuk kita pilih. Macam yang tahun lepas saya ambil Meerqeen sebab dia ada aura, daripada cara dia bercakap dan menjawab soalan kita tahu dia boleh berlakon," jelasnya.

Program Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi juri tetap bersama Datuk Rosyam Nor.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: