23 September 2021

"KITA TAK HIDUP NAK SUKAKAN ORANG" - EBIT LEW TENANG BERCUTI DENGAN KELUARGA



Pelbagai kenyataan dan pendedahan yang keluar daripada beberapa pihak, namun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilihat masih memilih untuk berdiam diri dan dilihat tenang bercuti bersama keluarga.

Menerusi Facebook, Ebit sempat berkongsikan sekeping fotonya bersama isterinya bercuti di Langkawi. Ebit berkata akhirnya dapat bercuti bersama keluarga sebelum meneruskan misi bantuan.

Sementara itu di laman Instagram, Ebit ada memuat naik video memaparkan dirinya bersama bidadarinya melakukan aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan di sana.

Dalam entri tersebut, Ebit meluahkan rasa syukur dipertemukan pasangan baik dalam hidupnya serta menitipkan nasihat supaya menghargai orang yang kita cintai kerana Allah.

Klik untuk gambar besar



"Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana. Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga.

"Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah. Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan.

"Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: