23 September 2021

"SAYA HARAP DIA SEMPAT DIBERI SATU LAGI PELUANG..." - ADIK SAJAT



Nama usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan selepas dia ditahan di Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, adik kepada usahawan itu, Nur Mustika Kamaruz Zaman berkata dia hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui berita sahaja. Kata Mustika lagi, dia berharap abangnya itu diberikan satu peluang serta menyifatkan Sajat seorang anak yang baik.

Dalam pada itu, Mustika berkata kali terakhir dia bertemu Sajat adalah pada Februari lau sebelum dia menghilangkan diri. Mustika turut meminta orang ramai tidak menghukum abangnya itu sebaliknya beri dorongan untuk memperbetulkan kesilapan.

"Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat. Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.

"Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu. Saya tegur dia mengenai tindakannya yang menimbulkan kontroversi dan selepas itu saya tak tahu di mana. Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.

"Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia. Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel dia teruk dan sebagainya, sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: