27 September 2021

VIE SHANTIE KHAN 'TERBANG' KE ARAB SAUDI, TUNAI UMRAH BUAT ARWAH SITI SARAH



"Alhamdulillah, kami dapat buat unlimited umrah yang diberi oleh kerajaan Saudi, jadi saya berpeluang buat untuk Siti Sarah, ini umrah kedua saya Alhamdulillah, Allahuakbar.

"Semoga arwah Siti Sarah dan semoga anak-anaknya menjadi anak yang beriman walaupun tidak ada ibu di sisi," demikian kata personaliti media sosial dan juga usahawan, Vie Shantie Khan yang khabarnya telah berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah buat Allahyarhamah Siti Sarah.

Bekas isteri kepada pelakon Eizlan Yusof itu menjelaskan bahawa meskipun tidak mengenali arwah Siti Sarah secara dekat, namun dia sering mengikuti perkembangan Allahyarhamah dan telah berniat untuk melakukan umrah setelah diberi kesempatan kelak.

Dia turut berkongsikan momen-momen keberadaannya di Mekah untuk tatapan peminat menerusi beberapa hantaran foto dan video di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Vie Shantie berkata dia berada di Mekah atas sebab urusan kerja dan mengambil peluang untuk melakukan ibadah umrah ketika berada di sana selama beberapa hari.

Menjengah ke ruangan komen, suami Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Shuib tampil menitipkan ucapan penghargaan buat Vie yang sanggup menunaikan umrah buat isterinya.

Terdahulu, pemilik jenama fesyen muslimah itu telah mencuri perhatian netizen apabila dia didakwa telah merentas negeri untuk bercuti ke Janda Baik, Pahang meskipun negara masih lagi menguatkuasakan larangan untuk berbuat demikian. Malah, sebuah kertas siasatan telah dibuka oleh pihak Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat kes tersebut.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: