27 September 2021

FIFY AZMI AKUI SHARNAAZ HANYA SEKADAR KAWAN, TEMPAT MINTA NASIHAT



Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad telah didakwa oleh sesetengah netizen yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Fify Azmi. Fify ketika ditanya berhubung dakwaan tersebut, mengakui Sharnaaz merupakan 'celebrity crush' dalam bidang lakonan dan menafikan sebarang hubungan istimewa pernah terjalin antara dirinya dan pelakon filem Jebat itu.

Tambah Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi lagi, dia menganggap gosip dan dakwaan seperti itu adalah perkara biasa yang perlu dihadapi apabila bergelar artis. Tanpa berselindung, pelakon yang pernah membintangi drama 'Ratu Ten Pin' itu turut mengakui bahawa Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu merupakan salah seorang pelakon lelaki yang menjadi idola (crush) yang diminatinya.

"Sejujurnya Sharnaaz Ahmad merupakan seorang 'celebrity crush' saya dalam bidang lakonan. Saya perlu akui perkara itu. Biasalah netizen. Tapi sejujurnya daripada mulut saya sendiri, kami hanya berkawan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Kalau nak tahu, saya selalu bertanyakan pendapat dan meminta tips lakonan daripada Sharnaaz.

"Dia (Sharnaaz) merupakan seorang yang suka membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar lakonan kepada saya. Bila kita berkawan dengan idola kita sendiri, banyak soalan yang kita nak tanya dan dia banyak membantu saya. Terima kasih Sharnaaz," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Fify turut berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menutup mulut netizen tentang istu tersebut. Namun pada masa sama, dia tidak menolak seandainya mempunyai jodoh dengan pelakon tersebut: "Tapi kalau ada jodoh, adalah," jelas wanita berusia 31 tahun itu ringkas.

Ditebak tentang kriteria yang diinginkan daripada 'bakal jodohnya' nanti, Fify berkata dia masih belum pasti tentang perkara tersebut: "Saya tidak pasti sebenarnya. Saya seorang yang ringkas. Kalau seseorang itu boleh membimbing saya, itu sudah cukup baik. Kalau individu berkenaan boleh memimpin saya, itu sudah cukup baik. Membimbing daripada sudut keluarga dan keagamaan. Jadi doakanlah saya yang baik-baik," ujarnya.

Untuk makluman, nama Fify sebelum ini pernah menjadi bualan apabila didakwa meminati kaum sejenis (lesbian) gara-gara sering melakonkan watak lasak dengan imej berambut pendek. Fify bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan bertegas, dia masih wanita sejati dan mempunyai hati serta nafsu terhadap lelaki.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: