27 September 2021

ALAMI KESUKARAN BERNAFAS AKIBAT RESDUNG - IKHWAN KHAIRUDDIN SELAMAT BEDAH HIDUNG



"Selepas sering mengalami kesukaran bernafas, saya membuat pemeriksaan. Saya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, Khamis lalu dan selamat menjalani pembedahan, keesokannya.

"Pembedahan lebih sejam itu adalah untuk merawat saluran pernafasan membengkak, memperbetulkan kedudukan tulang hidung yang beralih disebabkan bengkak serta membuang ketulan kecil pada bahagian terbabit sebelum ia merebak," kata pelakon Ikhwan Khairuddin, 31.

Pembedahan hidung yang dijalani Ikhwan itu bagi membuang ketumbuhan kecil dan mengatasi masalah kesukaran bernafas yang dihadapi, sejak tiga tahun lalu. Ikhwan berkata, masalah berpunca daripada penyakit resdung yang dialaminya.

Tambah pelakon 'Hello, Jangan Tapau Cintaku' ini, keputusan menjalani pembedahan dibuat sebaik selesai baki penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Keadaan penyakit saya bertambah teruk ketika menjalani penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, baru-baru ini Mungkin kerana saya perlu berlakon di tengah cuaca terik.

"Namun, atas dasar profesional, saya selesaikan 'shooting'. Disebabkan saya ada masa lebih seminggu sebelum masuk ke set penggambaran seterusnya, saya memutus menjalani pembedahan sebelum keadaan lebih kritikal," ujarnya.

Berkongsi keadaannya sekarang, Ikhwan mengaku tidak selesa kerana terpaksa bernafas menggunakan mulut: "Hidung saya disumbat dengan kapas untuk mengelakkan darah mengalir. Ini membuatkan saya terpaksa bernafas menggunakan mulut. Jadi saya kerap terjaga dari tidur kerana lemas. Insya-Allah, saya akan dibenarkan pulang hari ini," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: