13 October 2021

"AKU TAK BATAK... PENTING BAGI AKU KESIHATAN" - RITA TAK KISAH TAK BALIK KAMPUNG, DINE-IN



"Bagi aku, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in (makan di restoran). Aku tak batak. Apa yang penting bagi aku sekarang kesihatan. Itu keperluan asas aku sekarang,” katanya. Korang yang dapat rentas dan dine-in pun masih nak dengki busuk dengan aku? Memang lawak terbaik!

"Sister (saya) doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali. Kita saudara sesama Islam. Takkan perangai macam hanjing (anjing) hari-hari? Tak penat ke menganjing (memerli) dan jadi anjing?.

"Patut kita lawan Covid-19. Tapi sekarang Islam bergaduh dengan Islam. 24 jam mulut tu keji, maki, hamun. Eh, silap! Mereka 'berzikir'," kata pelakon Rita Rudaini menerusi satu perkongsian di laman sosialnya diaman dia tidak kisah jika tidak dapat merentas negeri, balik kampung, bercuti mahupun dine-in kerana baginya apa yang lebih penting ketika ini adalah soal kesihatan.

Klik untuk gambar besar



Umum mengetahui bermula kelmarin aktiviti rentas negeri telah pun dibenarkan selepas kerajaan mengumumkan mengenai perkara itu pada Ahad lalu. Dek kerana itu, ramai yang meluahkan teruja apabila dapat pulang ke kampung bertemu ibu bapa serta bercuti.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak kisah namanya digugurkan daripada mana-mana drama termasuk drama 100 episod kerana belum mengambil vaksin.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: