13 October 2021

DULU BUNCIT DAH KURUS... KINI MAN RAJA LAWAK KEMBALI BUNCIT



"Assalam geng.. terkini..11.10 isnin.. berat abg 91kg.. sebulan gak abang hentam makan kaw2 tak jaga semata2 nak buktikan abang tak POTONG USUS.. mustahil ar usus leh panjang balik dalam masa sebulan kan ??

"Lepas ni kalau abg KURUS cepat jangan lak cakap abang amik BARANG atau kena Penyakit Kencing Manis...," tulis Man Raja Lawak yang kini buncit kembali semata-mata nak buktikan yang dia tidak memotong usus untuk kurus sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.

Dakwa Man, dia sebenarnya mengamalkan pemakanan sihat, mengambil produk dan banyak bersenam untuk kurus ketika itu.

"kot ye pon spender belakang tu cover sikit😂," komen seorang netizen di IGnya yang menimbulkan kelucuan.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: