13 October 2021

MUNCUL DI MAHKAMAH - SITI SALEHA TUNTUT CERAI



Sudah lama kita tak dengar khabar Siti Saleha... tup-tup terkini tiada angin, tiada ribut tiba-tiba pelakon itu dikatakan menuntut penceraian selepas rumah tangganya berhadapan masalah.

Difahamkan, Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya. Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 31, agak mengejutkan apabila adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan di laman Instagram, mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 13 Mei lalu. Pada tarikh berkenaan, Siti Saleha memuat naik foto menyambut hari raya bersama suami serta kucing peliharaannya dengan kapsyen: "Comfy in @aliabastamamkl #eidmubarak".

Klik untuk gambar besar



Dalam posting lain pula, Siti Saleha memuat naik foto meraikan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-35 dimana dikongsikannya pada 24 Mac lalu.

It's your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak)," tulis Siti Saleha pada posting berkenaan.

Untuk makluman, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: