15 October 2021

BAD INDIGO & ASHIRA BERSYUKUR DIKUNJUNGI USTAZ EBIT LEW



"Alhamdullillah, Subhanallah, Allahuakbar! Allah hadirkan rezeki dalam pelbagai cara, hari ni tumpang rezeki Bad. Dapat jumpa Ustaz Ebit Lew datang ziarah Bad dirumah. Selalu berkata-kata bilalah Dapat jumpa insan hebat ni, Alhamdullillah Allah makbulkan.

"Berkaca mata dengar ceramah Ustaz, Ya Allah Terima kasih diatas rezeki ini. Terima kasih UEL diatas doa yang dibaca. Semoga Allah merahmati UEL, dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari segala macam dugaan dan ujian, Amin-amin YRA. #allahsayang #disebalikujianadarahmat #happyme #blessed," tulis penyanyi Ashira menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Ashira dan suaminya yang juga penyanyi, Bad Indigo mengungkapkan rasa syukur selepas dikunjungi pendakwah terkenal, Ebit Lew di kediamannya semalam.

Ashira atau nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz memuat naik gambar perkongsian di Instagram dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ebit meluangkan masa menziarahi suaminya yang kini diuji dengan masalah kesihatan.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Ombak Resah' itu turut menitipkan doa dan kesejahterasn buat Ebit Lew dan semua insan yang mendoakan keluarga mereka.

Pada hantaran berbeza kelmarin, Ashira, 37, berkongsi ucapan dan doa istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran ke-46 agar sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup. Ashira turut mengakui reda dengan setiap dugaan dan ujian yang telah diatur oleh Allah SWT untuk dia dan suami.

"Our life may not be going the way we planned. But its going exactly the way Allah has planned. Indeed Allah is a better planner, the guide. So just keep praying. Wish u nothing but the best. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki, Bahagia dunia akhirat Insyaallah Aamiin Happy Birthday @bad.indigo_official Syg Kamu," kata Ashira.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: