15 October 2021

BILA BIBIR HARRIS ANUAR BENGKAK TERUK DEK TEBUAN: "BUKAN FILTER YE"



"Ini bukan filter ye guys," jelas pelakon Harris Annuar berkenaan bibirnya dilihat bengkak yang dikatakan seolah-olah pelakon Angelina Jolie, itu bukanlah daripada pengunaan 'filter', sebaliknya kejadian yang benar-benar berlaku.

Harris berkata, dia terpaksa dirawat di pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas bibirnya bengkak teruk akibat disengat tebuan, pagi hari ini. Cerita Harris, dalam kejadian jam 6 pagi itu, dia baru selesai mandi dan tidak menyedari lebah itu hinggap di tualanya.

Dek kerana itu, Harris memberitahu, dia terus mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan mujur dia datang awal kerana sengatan lebah amat berbahaya. Menurut Harris, doktor memaklumkan tekanan darahnya rendah menyebabkan dia terpaksa ditahan bagi memantau keadaan kesihatannya.

"Selesai saja mandi, saya terus capai tuala untuk lap muka. Malangnya, saya tak perasan yang tuala saya itu ada seekor tebuan dan terus menyengat bibir saya. Ketika itu, saya tak tahu nak buat apa sebab kejadian berlaku terlalu pantas. Kemudian bibir saya terus membengkak.

Klik untuk gambar besar



"Doktor terpaksa menahan saya di wad sebab nak pantau keadaan jantung saya. Saya juga menerima dua suntikan di lengan dan punggung. Doktor beritahu bengkak yang dialami disebabkan 'anaphylactic shock' akibat gigitan serangga itu.

"Doktor cakap kalau datang lambat jadi bahaya, takut tahap tiga. Now masih ok tahap dua, keadaan stabil tekanan darah agak rendah. Bengkak pun Alhamdulillah dah surut dan stabil, cuma doktor cakap kena monitor jantung," katanya

Dalam pada itu, Harris berkata, dia berada di Ipoh sejak semalam untuk mengagihkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan di sekitar bandar raya itu.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: