15 October 2021

NETIZEN MENYAMPAH NADIR KAITKAN BALIK KAMPUNG & PENDERITAAN PALESTIN



"73 tahun penantian yang belum berakhir. Dalam keseronokan dapat merentas negeri dan pulang ke kampung.... jangan lupakan saudara Palestin kalian yang telah 73 tahun menunggu untuk pulang ke kampung halaman mereka," itulah kata aktivis kemanusiaan terkenal Palestin, Nadir Al Nuri yang memuat naik ciapan di media sosial Twitter.

Setelah kerajaan membenarkan urusan rentas negeri bermula 11 Oktober yang lalu, sudah pasti ramai anak perantau yang terpisah dengan ibu bapa serta orang tersayang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

Namun, keterujaan itu dilaporkan sedikit terbantut apabila Nadir Al Nuri memuat naik kenyataan tersebut sehingga ada yang berasa bersalah untuk pulang ke kampung.

Klik untuk gambar besar



Bagi sesetengah netizen, kenyataan Nadir itu seolah-olah mereka tidak pernah peduli akan penderitaan rakyat Palestin yang masih berjuang untuk bebas daripada cengkaman rejim zionis sehingga ke saat ini.

Ujar netizen, kenyataan itu tidak mempunyai kaitan kerana setiap orang mempunyai kesulitan dan masalah hidup yang tersendiri, malah ada juga yang pulang ke kampung hanya sekadar dapat mengunjungi pusara ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

Dalam pada itu, ada kalangan netizen yang merasakan kenyataan Nadir tidaklah keterlaluan serta tiada apa yang negatif dan perlu dikecohkan oleh pengguna media sosial.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: