15 October 2021

AL-FATIHAH - NENEK AMAN NASSIR KEMBALI KE RAHMATULLAH AKIBAT WABAK



Takziah kami ucapkan kepada pelakon Aman Nassim atas pemergian neneknya iaitu Jaharah Abdullah, 85, yang meninggal dunia akibat wabak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru jam 7.05 pagi, hari ini.

Aman ketika dihubungi berkata, neneknya dibawa ke hospital itu malam semalam selepas menjalani ujian calitan dan kadar degupan jantungnya yang naik dengan mendadak.

"Ini adalah kematian pertama ahli keluarga saya akibat jangkitan Covid-19. Semalam, apabila ada beberapa tanda seperti selesema, nenek menjalani ujian calitan dan keputusannya positif. Malam semalam, kadar degupan jantungnya naik mendadak dan keluarga menghubungi ambulan untuk membawanya ke hospital.

Klik untuk gambar besar



"Semalam, keadaannya masih okay dan dia dapat makan seperti biasa. Pagi tadi, sekitar jam 5.50 pagi, pihak hospital menghubungi keluarga dan memaklumkan keadaan nenek semakin lemah sebelum disahkan meninggal dunia lebih sejam kemudian," katanya.

Jaharah yang sebelum ini mempunyai sejarah penyakit lemah jantung sudah menerima dua dos vaksin: "Nenek dah terima dua dos vaksin Covid-19, tapi mungkin sebab faktor usia dan juga sejarah penyakit yang dihidapinya, badannya tidak sekuat orang-orang yang lebih muda," jelasnya.

Dalam masa sama, Aman mengingatkan semua agar sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan badan sekurang-kurangnya setahun sekali dalam situasi tidak diduga seperti sekarang.



"Selepas ibu bapa meninggal dunia, saya lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan dan setiap tahun, saya akan melakukan pemeriksaan kesihatan keseluruhan termasuklah kanser memandangkan keluarga saya ada sejarah kanser.

"Selain itu, saya juga selalu mengingatkan diri saya supaya menjaga pemakanan kerana kadang-kadang, kita terlepas pandang dan tak begitu teliti mengenai pemakanan," katanya.

Jenazah disemadikan jam 1 petang, hari ini di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Johor Bahru.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: