29 October 2021

BERJAYA RAYU KELUAR PKRC - MARIA TUNKU SABRI JANJI SAMBUNG BAKI KUARANTIN DI RUMAH



"Saya nak beritahu kepada semua yang saya dah balik rumah. Alhamdulillah berkat doa saudara, sahabat dan anda semua. Saya merayu kepada doktor nak balik juga sebab saya kata saya boleh jaga diri sendiri apabila pulang ke rumah.

"Doktor pun pesan supaya saya terus jaga diri," itulah kata pengacara terkenal Maria Tunku Sabri yang akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas sembilan hari ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).

Maria, 51, berkata dia keluar daripada Maeps pada Khamis selepas merayu kepada doktor yang merawat supaya membenarkannya pulang menghabiskan tempoh kuarantin di rumah.

Maria ditempatkan di Maeps sejak 19 Oktober lalu selepas dijangkiti varian Delta Covid-19. Menurut Maria dia memilih untuk menjalani kuarantin di sana bagi melihat sendiri keadaan di PKRC itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya sendiri yang pilih nak kuarantin kat Maeps, bukan sebab tak mampu nak duduk hospital swasta kat luar. Bagi saya biar la saya ada pengalaman duduk di Maeps macam orang lain rasa.

"Suami saya tanya taknak ke pindah private hospital. Sebenarnya apabila dah kena Covid-19 ni saya terus muhasabah diri, saya yakin ada sebab Allah bagi ujian pada saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Maria juga menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan sentiasa memakai pelitup muka: "Saya dijangkiti Covid-19 varian delta. Kalau keluar jangan ambil mudah, jangan lupa pakai pelitup muka.

"Kita tak tahu orang sekeliling kita ni telus atau tidak dengan kita. Ada yang positif stage 1 tapi still nak keluar juga. Itu yg buat kita dapat Covid, jangan mudah percaya dengan orang sekeliling kita, itu pengalaman saya la," pesannya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: