30 October 2021

AMBOIII... SERONOKNYA BELAJAR BILA DAPAT CIKGU HANDSOME, BAIK HATI



"Kenapa awak tak datang sekolah hari ni. I'm waiting for you to fill up your attendance and scan your temperature," begitulah aksi Pencetus Ummah (PU) Riz yang berkongsikan gambarnya lengkap berkemeja di sekolah.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada.

“Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini,” ujarnya lagi dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar



Untuk info, PU Riz menjadi cikgu sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, dan mengucapkan rasa syukur kerana dapat menjalankan tanggungjawab murni sebagai guru meskipun hanya sementara.

Suami kepada Neelofa itu juga turut menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada sekolah berkenaan bagi membantu proses pembelajaran pelajar, demikian lapor Kosmo.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: