30 October 2021

"MULA-MULA DIA BERSETUJU BUKA TUDUNG..." - RAFIENA TIDAK TERUSKAN SAMAN SELEPAS ZIZI MERAYU



"Bagi saya, isu ini mudah saja. Cakap sajalah tidak mahu buat atau berkeras mahu lakukan tetapi syaratnya dengan memakai tudung dari awal-awal lagi. Ini tidak, asyik dengan alasan dan mahu minta pandangan luar. Dia jangan buat-buat lupa. Masa mula-mula bertudung dia beritahu pihak produksi dia bersetuju untuk buka tudung di set penggambaran. Kalau ada yang bertanya dia akan beritahu babak berkenaan dilakukan sebelum dia bertudung.

"Kemudian dia berubah hati dan mahu fikir cara lain. Dia biarkan saya macam tunggul apabila terpaksa menunggunya berminggu-minggu untuk tahu keputusan rasmi daripadanya. Sebelum dia kahwin lagi kita sudah ajak dia berbincang dan selesaikan masalah ini. Saya sangat hormati keputusannya untuk bertudung tetapi selepas perbincangan demi perbincangan, dia seakan-akan cuba melengahkan penggambaran Jamu Nesan.

"Dia dan pengurusnya jangan lupa yang mereka bersetuju untuk mengikut segala jadual yang ditetapkan oleh pihak produksi. Malah, ketika kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dibuka semula, pihaknya ada mengambil tawaran lain tanpa maklumkan kepada saya sehingga menjejaskan jadual pelakon lain. Dia langsung tidak kasihankan pelakon-pelakon lain yang menunggu jawapan daripadanya.

Klik untuk gambar besar



"Dia merayu supaya saya tidak teruskan saman. Memang pada awal perbincangan saya tidak bersetuju dengan keputusan dia memakai tudung untuk bawakan watak ketua mafia. Jadi, saya cakap dia perlu tanggung segala kerugian yang dianggarkan ratusan ribu Ringgit atau saya akan teruskan dengan saman.

"Namun, saya masih berlembut hati kerana dia beritahu dia tiada wang sebanyak itu. Saya pun fikirlah apa lagi cara untuk saya teruskan penggambaran ini. Kalau ikutkan pihak stesen TV, mereka minta saya gugurkan namanya tapi saya cuba ajak dia berbincang. Orang luar juga perlu faham yang saya tidak boleh sesuka hati tukar jalan cerita yang sudah dipersetujui stesen TV. Siapa nak tanggung kerugian? Setiap perubahan jalan cerita perlu minta kebenaran dan kelulusan terlebih dulu.


"Selama ini saya tiada masalah dengan Zizi. Dia seorang yang baik dan cuba menjayakan watak sebaik mungkin, tapi isu berlaku apabila dia memakai tudung dan enggan melakonkan watak yang sedia ada dirinya tidak bertudung. Tindakan Zizi yang saya kira sengaja melengah-lengahkan masa untuk berbincang sudah menyusahkan pasukan produksi dan barisan pelakon yang terikat dengan beberapa penggambaran lain. Disebabkan itu saya gugurkan namanya dan gantikan dengan Didie Astillah.

"Saya tidak mahu mendengar alasan, sebaliknya saya nak tahu pendirian yang teguh. Jika dia tidak berminat untuk membawakan watak itu selepas bertudung, cakap saja. Janganlah selepas saya bagi pendapat untuk memakai rambut palsu dia minta masa untuk berbincang sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dalam tempoh kurang sehari serta beri apa cadangan terbaik.

"Mereka sanggup korbankan masa sehingga ada yang sanggup tolak tawaran lain semata-mata untuk ikut jadual Zizi kerana mahu penggambaran ini dijayakan. Mereka tahu hargai tanggungjawab yang perlu dilunaskan," demikian kata penerbit dan pengarah drama 'Jamu Nesan', Datuk Rafiena yang kesal dengan tindakan penyanyi Zizi Kirana dimana dia seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerja yang diamanahkan dan tidak perlu mencari salahnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: