30 October 2021

"ORANG DEWASA PUN TAK TAHAN... JANGAN PAKSA" - FIZZ & ALMY TAK SETUJU ANAK-ANAK JADI UJI KAJI



"Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kesan terhadap mereka. Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ni umpama bapa.

"Jadi, mohon pertimbangan juga, jangan diperketatkan dan jangan memaksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil vaksin influenza... anak saya pun ambil. Serba sedikit dapat juga membantu. Kalau boleh kita tangguh dahulu. Tunggu betul-betul vaksin ni tak ada kesan pada kanak-kanak," itulah ujar pelakon Fizz Fairuz.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan ingin mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun. Fizz berpendapat belum tiba masanya untuk memberikan vaksin untuk kanak-kanak. Bimbang akan memberi kesan yang teruk, pelakon berusia 42 tahun ini berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, isteri kepada Fizz yang juga pelakon iaitu Datin Almy Nadia juga tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk suntikan vaksin tersebut. Kata Almy, biarpun dos sudah dikurangkan namun dia bimbang kanak-kanak tidak mampu menampung kesan daripada vaksin.

"Anak-anak saya bukan tempat untuk kerajaan buat uji kaji ya. Kami yang kena cucuk vaksin pun tumbang bagai nak mati. Bayangkan anak-anak kecil kena walaupun dos dah dikurangkan tapi tetap sakit ya. Tolong ambil perhatian ya wahai kerajaan. Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ini bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni," tulis Almy di ruang komen perkongsian tersebut.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: