30 October 2021

NAFI SEDANG BERCINTA - "KAMI DAH BERKAWAN SELAMA 8 TAHUN" - ZARA ZYA



"Setiap tahun sempena hari jadi saya, pasti Alha tidak melepaskan peluang untuk meraikannya bersama. Mungkin kerana itulah ramai yang menganggap kami bercinta atau sebagainya, namun kami tiada hubungan istimewa pun," demikian ujar pelakon Zara Zya.

Dakwanya, dia tiada apa-apa hubungan dengan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa. Mereka berdua sekadar rakan baik dan bukan bercinta seperti andaian segelintir pihak.

"Kami sudah lama bersahabat baik sejak tujuh atau lapan tahun lalu. Sehingga ke hari ini kami masih lagi bersahabat baik.

Klik untuk gambar besar



"Saya setuju dan terfikir untuk ajak Ippo Hafiz yang memberi cadangan pergi ke pusat jagaan itu sebab dia sudah banyak kali pergi.

"Apabila masuk rumah itu, kami disambut baik oleh jururawat yang menjaga ibu-ibu di situ dan semua orang dalam rumah itu gembira saja," tambahnya yang menyambut hari jadi pada 22 Oktober melalui Harian Metro.

Bagaimanapun, tindakannya memuat naik video di Instagram bersama Alha yang turut berada ke Pusat Jagaan Sri Mesra di Ampang yang menempatkan warga tua muslimah telah menimbulkan spekulasi yang mereka benar-benar sedang bercinta.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: