30 October 2021

FENDY CALIPH BUSKERS LEGA PENDAPATAN DAH MULA MASUK: "TAK PERLU BERGANTUNG..."



Pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun yang berpindah ke rumah baharu pada awal September lalu itu mengakui kehidupan kini bertambah baik, lebih-lebih lagi dia mula menerima tawaran kerja sejak kerajaan membenarkan aktiviti seni kembali beroperasi. Cerita Fendy, 30, kini dia mula aktif menghiburkan orang ramai menerusi aktiviti busking di pusat beli belah dan restoran.

"Alhamdulillah perkembangan terkini lebih positif dan sudah mula sibuk dengan aktiviti busking. Hampir dua tahun kita tunggu peluang ni, saya bersyukur sangat dapat bekerja balik. Saya harap benda ni tak berulang lagi. Lega rasanya apabila pendapatan dah mula masuk, tak perlu lagi bergantung dengan duit simpanan.

"Sekarang ni hari-hari saya busking kat luar. Sehari sampai tiga hingga empat lokasi... Alhamdulillah. Kadang-kadang tu sampai saya yang tak larat, penat empat jam nak nyanyi seorang diri. Tapi dah namanya rezeki, syukur dah ada duit dan punca pendapatan sendiri tanpa perlu harapkan bantuan orang," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Jika sebelum ini Fendy aktif menghiburkan para peminatnya menerusi persembahan live di Facebook, namun kekangan masa membataskan dia untuk terus berbuat demikian. Bagaimanapun Fendy berjanji untuk kembali melakukan persembahan secara langsung di platform berkenaan pada setiap malam Isnin.

"Sekarang ni bukan saya taknak buat live dah tetapi terikat dengan masa. Ramai juga yang tanya bila saya nak buat live lagi. Jadi saya buat keputusan untuk buat live setiap hari Isnin, sayang juga dengan fans yang sokong saya selama ni," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: