29 October 2021

JURUMEKAP KONGSI VIDEO INTAN LADYANA - BABY BUMP TARIK PERHATIAN LAGI



Nama pelakon Intan Ladyana sebelum ini hangat diperkatakan selepas dikatakan sedang berbadan dua. Meskipun pelbagai bukti yang menunjukkan Intan kini hamil dimana baby bump kelihatan serta doa daripada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew, namun setakat ini masih tiada pengumuman daripada tuan badan sendiri.

Terbaru, seorang jurumekap yang dikenali sebagai Adek Wan telah memuat naik satu video di aplikasi TikTok sedang menyolek isteri kepada penyanyi dan pelakon Harris Alif itu.

Dalam video tersebut, bukan solekan yang menjadi perhatian sebaliknya rata-rata netizen teruja serta mengatakan ternampak baby bump pelakon itu.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Intan yang bakal menimang cahaya mata sulung serta memuji kecomelan bakal ibu itu.

Untuk makluman, Intan mendirikan rumah tangga dengan Harris pada 4 Februari 2021. Kisah pasangan itu menjadi bualan kerana perbezaan usia 17 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: