Menerusi muat naik di laman sosial, pelakon Diana Danielle telah mendidik anak sulungnya, Muhamad melakukan kerja rumah tanpa mengenal perbezaan jantina.
Menurut isteri kepada pelakon Farid Kamil, anak lelakinya yang kini berusia 8 tahun itu sudah pandai menanak nasi, mencuci pinggan dan adakalanya menyediakan sarapan.
"Pada usia lapan tahun, anak lelaki saya secara rasmi 'ditugaskan' memasak nasi, meletakkan pinggan di tempatnya, menyediakan makanan dan memasak sarapan yang ringkas (dengan pengawasan).
Klik untuk gambar besar
"Ya, awak boleh mengajar budak lelaki menjadi bertanggungjawab di dalam rumah. Dia perlu menjamah makanan juga kan? Jadi dia perlu tahu memasak bagi meneruskan kehidupan. Ia bukan soal jantina," tulisnya.
Perkongsian Diana itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengagumi cara didikan pelakon itu. Malah, ramai mengakui kerja rumah sering dilabel sebagai stereotaip dimana hanya golongan wanita sepatutnya melakukan pekerjaan berkenaan.
Untuk makluman, Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 8 dan Nur Aurora kini berusia 6 tahun.
________________________
No comments:
Post a Comment