07 October 2021

ZOEY BAKAL JADI SAKSI KES SAMAN FITNAH LIMA SEKAWAN - APA KAITAN DENGAN SITI NORDIANA?



"Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana," kata peguam bela Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Samin (Sam Samin) dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. menyatakan akan mengemukakan tujuh orang saksi termasuk kedua-dua anak guamnya sendiri.

Usaha Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, mengheret lima individu ke mahkamah bagi kes saman fitnah di Instagram kini memasuki episod ditunggu-tunggu apabila dia bakal memberi keterangan dari kandang saksi dalam perbicaraan yang akan bermula pertengahan bulan ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan agar perbicaraan penuh bagi kes yang difailkan hujung Julai lalu diadakan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.

Menerusi laporan media sebelum ini, Nurul Hafidzah dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors menyatakan Siti Nordiana selaku plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana menyifatkan anak-anak guamnya tidak pernah mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.

Klik untuk gambar besar



Dia juga berpendapat kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana tidak memenuhi kesemua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang dikatakan memfitnah.

"Pada setakat ini dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui dan fakta-fakta untuk dibicara telah pun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi daripada Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini," katanya.

Selain dua defenden berkenaan, tiga lagi individu yang bakal hadir ke mahkamah ialah penyanyi Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, isterinya Nur Sheila Hassim serta Syura Badron atau Zuraidah Badron.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: