07 October 2021

NADIA ANNUAR GANTIKAN UYAINA ARSHAD MENGACARA ‘PENCARIAN NONA SUPERWOMAN’



Setelah mengendalikan pertandingan realiti ‘Pencarian Nona Superwoman’ terbitan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dan Astro Prima selama dua buah episod bermula 22 September lalu, selebriti Uyaina Arshad dengan berat hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai hos utama buat sementara waktu kerana terikat dengan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

“Pertama sekali tahniah kepada kesemua 12 finalis. Saya memohon maaf kerana tidak dapat bersama anda untuk minggu ketiga dan seterusnya atas faktor tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

"Akan tetapi, saya harap anda semua boleh lakukan yang terbaik dan rebut peluang yang diberikan ini sebaiknya. Peluang ini adalah salah satu peluang yang cukup hebat dan sangat besar yang mampu merubah corak perniagaan anda. All the best!" ujar Uyaina Arshad memberi kata semangat buat kali terakhir.

Terkini, tanggungjawab tersebut digalas oleh selebriti Nadia Annuar yang sudahpun memulakan tugas pengacaraan dalam episod ketiga malam semalam, 6 Oktober 2021.

"Sejujurnya saya tidak pernah menjangka dan berasa amat teruja apabila menerima tawaran untuk menggalas tugas sebagai pengacara bagi program ini.

Klik untuk gambar besar



"Meskipun bidang pengacaraan bukanlah sesuatu yang baharu buat saya, namun cabaran pada kali ini bukan mudah serta turut memerlukan persediaan rapi. Selain perlu membawa kelainan segar dengan cara yang tersendiri, saya juga perlu menyambung legasi yang ditinggalkan oleh Uyaina Arshad, kata Nadia Annuar pula.

Untuk makluman, kini masih tinggal 10 finalis yang berjaya mara ke pusingan seterusnya. Mereka terdiri daripada SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA NAJIA (26, Perak), RINA HASHIM (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), JIEJIE (26, Sabah), AYDA (30, Kelantan), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur).

Apa yang menarik, bagi memberi kelainan dalam rancangan itu, kedua-dua pengacara akan kembali bergabung untuk memeriahkan pusingan kemuncak program tersebut yang dijadualkan untuk berlangsung pada 10 November nanti.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: