02 October 2021

LOYA LIHAT RUMAH SENDIRI - SAM 'TERPAKSA' BAWA SYATILLA 'PINDAH' HOTEL, TERMASUK TV



"Nak melayan kerenah ibu mengandung punya pasal. Macam mana ni? Sampai bila agaknya," demikianlah kata pelakon Shaheizy Sam yang 'terpaksa' melayan kerenah isterinya, pelakon Syatilla Melvin yang kini hamil anak ketiga dengan membawa keluarganya 'pindah' ke sebuah hotel, dek kerana isterinya itu mengalami alahan loya melihat rumahnya sendiri.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Shaheizy berkongsikan video memaparkan kakitangan hotel mengangkut barangan yang dibawa dari rumah masuk ke bilik hotel.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Sam memuat naik video memaparkan isterinya kembali cerita apabila berada di tempat lain daripada rumah mereka sendiri.

Syatilla menerusi Instagram miliknya turut berkongsikan mengenai alahannya yang pelik itu dimana dia tidak pernah alami sebelum ini sehinggakan badannya lemah. Syatilla turut mengucapkan terima kasih buat suaminya yang sentiasa berada di sisi serta sanggup bersusah demi dirinya.

Klik untuk gambar besar



"Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan. Demi Allah ni pertama kali Tilla ada alahan macam ni. Kali ni sangat2 luar biasa, rasa serik pun ada. Insyaallah doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat. Itu paling penting.

"Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana2, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ni baru la namanya kerjasama selamanya! Sayang awak," ujarnya.

Untuk makluman, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: