02 October 2021

KEPUTUSAN CGPA - WANI KAYRIE NAFI 'SHOW OFF', SEKADAR BUKTI TAK LUPA PELAJARAN



"Pertama sekali bukan mahu menunjuk-nunjuk atau riyak dengan keputusan saya. Kalau nak kata riyak tunggu keputusan saya 4 flat. Cuma apa yang nak diberitahu, saya masih bergelar seorang pelajar walaupun sibuk dengan kerja. Apabila saya dilihat terlalu sibuk dengan kerjaya seni, ramai bertanya bagaimana dengan pelajaran. Ada juga yang pertikaikan sebab saya adalah pemegang biasiswa universiti.

"Jadi di sini saya mahu beritahu bagaimana saya berikan komitmen dalam pelajaran walau sesibuk mana sekalipun," itulah kata penyanyi Wani Kayrie yang menafikan dia 'show off' keputusan CGPA dan menjelaskan kepayahan untuk mengekalkan prestasi yang baik dalam pelajaran menerusi laman Instagram.

Sebaliknya, Wany mahu membuktikan dalam kesibukan membina nama dalam bidang lakonan dan nyanyian, dia tidak sesekali menenggelamkan hasrat untuk berjaya dalam pelajaran. Wani berkata, sehingga kini dia masih memberi keutamaan kepada pelajaran walaupun sibuk dengan kerjaya seninya.

"Saya mahu berkongsi kepayahan yang dilalui sebab yelah... saya banyak post pasal kerja sahaja. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk kerja sambil belajar. Walaupun hanya dua subjek untuk semester lepas, tapi saya bangga dengan diri sendiri," jelas Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21.

Klik untuk gambar besar



Mengulas lanjut Wani yang popular dengan lagu 'Jangan-Jangan 'ini berkata, bergelar penghibur dan pelajar dalam satu masa bukanlah sesuatu yang mudah, malah dia akui bekerja keras untuk memastikan kedua-dua bidang itu berjalan dengan sebaiknya.

"Memang saya sendiri yang memilih untuk ambil risiko ini sebab kalau ikutkan sejak di bangku sekolah sudah sibuk menyanyi cuma di peringkat universiti ini, lebih mencabar. Mereka yang selalu ada dengan seperti keluarga dan kawan-kawan rapat tahu kepayahan saya selama ini sebab pendidikan paling penting buat saya dan karier seni pula adalah minat saya.

"Memang "Lagi pun apabila buat dua perkara ini saya rasa ia membantu sangat untuk menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berdisiplin dalam menguruskan masa," ujarnya yang sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) universiti swasta di Shah Alam.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: